Khamis, 30 Jun 2011

Ucapan Tahniah Kerana Memperolehi Biawasiswa Dana untok melanjutkan pelajaran


Alhamdulillah, diucapkan setinggi tahniah kepada Siti Fatimah Azzahraa' binti Haji Mohammad Anas iaitu cucunda kepada Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Bana'mah dan Haji Abdul Latif bin Muhammad kerana berjaya mempeolehi Biawasiswa Dana bagi melanjutkan pelajaran ke United Kingdom mulai bulan September, 2011. Siti Fatimah Azzahraa' (Ema) akan mengikuti kursus A-Level di Leighton Park School di Reading, United Kingdom. Semoga Siti Fatimah Azzahraa' sentiasa maju jaya dalam segenap bidang, sihat walafiat dan dipanjangkan umur oleh Allah Subbahanawataala, Amin.

Sembahyang Berjemaah, Doa Selamat dan Majlis Menerima Pinangan (Bersuruh)

Alhamdulillah, esok Jumaat mulai jam 3.00 petang akan berlangsung acara-acara berikut di kediaman Dato Paduka Haji Yunos Mohd Noh di Tanjung Nangka, Jalan Tutong:

3.40 Sembahyang Asar Berjemaah dan Doa Selamat bagi Awang Sofian yang akan melanjutkan pelajaran di Perth, Australia. Awang Sofian akan berangkat ke Perth pada hari Ahad, 3 Julai 2011.

4.00 Ketibaan rombongan bekal pengantin lelaki bagi majlis bersuruh Dayang Siti Khatijah.

Sekian jua dimaklumkan.

Sabtu, 25 Jun 2011

Tahniah Kepada Dr. Edah Fateema Abdullah

Diucapkan setinggi tahniah kepada Doktor Edah Fateema Abdullah iaitu cucunda Allayarham Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar Bana'mah kerana menerima ijajah Bachelor of Medicine n Bachelor of Surgery (MBChB) dari Glasgow University pada Jumaat, 24 Jun 2011 jam 4 petang waktu tempatan di Glasgow. Alhamdulillah, upacara berkenaan telah dihadiri oleh ayahanda Doktor Edah iaitu Haji Abdullah bin Haji Tengah dan ibunda beliau Maisalwa Haji Yahya. Juga hadir ialah Hajah Honeyta Emilly binti Haji Mohd Barkry Stewart dan tunang Doktor Edah, Ak Saiful Aqma bin Pg Haji Razi


Dari kiri: Hneyta Emilly, Haji Abdullah, Maisalwa, Doktor Edah Fateema, Ak Saiful Aqma






d.

Ahad, 5 Jun 2011

Pelawat ke 10,000


Alhamdulillah, lawatan ke Blog Bana'mah kini telah melimpasi 10,000. Terima kaseh atas sokongan semua.

Tahniah kepada Zulkarnaen Zinal

Zulkarnaen menerima sijil graduasi.

Wajah kegembiraan bersama kedua ibu bapa.
Bergembira dengan rakan-rakan


Alhamdulillah, diucapkan setinggi tahniah kepada Zulkarnaen Zinal atas graduation beliau dari Tumasek Polytechnic, Singapura pada penghujung Mei 2011. Gambar menunujukan Zulkarnean dengan ayahanda Zinal dan ibunda Nursiah selepas Majlis Graduation.

Rabu, 1 Jun 2011

Majlis Bersuruh Bagi Hajah Siti Khatijah binti Dato Paduka Haji Yunos

Alhamdulillah, Majlis Bersuruh bagi Hajah Siti Khaijah binti Dato Paduka Haji Yunos akan diadakan pada 1 Julai 2011 pada jam 4.00 Petang bertempat dikediaman Dato Paduka Haji Yunos di Kampong Tanjung Nangka, Jalan Tutong.

Cebisan dari Pelita Brunei 6 Ogos 2009:
Menyentuh mengenai adat perkahwinan masyarakat Brunei pula beliau secara ringkas menjelaskan bahawa adat perkahwinan masyarakat Brunei iaitu sarang guni, proses berjarum-jarum dan proses bersuruh.

Sarang guni menurutnya, adalah sesuatu yang dilakukan secara rahsia yang bertujuan menemukan pasangan untuk berkahwin, kerana masyarakat Brunei pada masa dahulu, pasangan adalah ditentukan oleh kedua orang tua.

Apabila bapa pihak lelaki berkenan dengan seorang gadis untuk dijadikan menantu katanya, maka bapa pihak lelaki itu akan mengutus salah seorang ahli keluarga perempuannya untuk pergi ke rumah gadis tersebut bagi menyiasat mengenai latar belakang dan perangai gadis tersebut yang kemudiannya akan dikhabarkan kepada bapa pihak lelaki itu.

Setelah proses sarang guni dijalankan dan bapa pihak lelaki bersetuju, maka akan berlangsunglah proses berjarum-jarum iaitu pertemuan lapan mata antara kedua orang tua pihak lelaki dan kedua orang tua pihak perempuan sahaja.

Sekiranya gadis tersebut belum lagi dipinang oleh orang, maka proses bersuruh pula akan dijalankan, di mana keluarga kedua belah pihak akan hadir bagi mendengar perbicaraan kedua belah pihak.