Rabu, 11 Disember 2013

Rombongan Labuan - Singapore, Here we come!

Alhamdulillah, sanak saudara Banamah dari Brunei Darussalam dan Malaysia kini samada telahpun sampai dan akan sampai ke Singapura bagi Majlis Perjumpaan Banamah kalai ke 4 di Royal Plaza at Scotts, Singapura. Gambar-gambar berikut menunujukkan keluarga Haji Alias Husin (anakanda kepada Allahyarham Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar Banamah) dari Wilayah Persekutuan Labuan semasa berada di Sabah bagi mengikuti penerbangan ke Johor, sebelum ke Singapura pada 14 Disember 2013. Didoakan perjalanan yang selamat, Amin


Dalam perjalanan di Tanah Besar Sabah, selepas menggunakan feri dari Wilayah Persekutuan Labuan


Santai makan durian di Kota Kinabalu


Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, sejurus sebelum berangkat ke Senai, Johor Baharu
.

Ahad, 8 Disember 2013

Perjumpaan Banamah di Kota Singapura pada 14 Disember 2013

Alhamdulillah, penulis menerima berita gembira yang persiapan bagi Majlis Perjumpaan Banamah kali ke 4 akan diadakan di Kota Singapura pada Sabtu, 14 Disember 2013 di Royal Plaza at Scott, Scott Road, Singapura. Majlis akan dihadiri oleh keluarga dari Tuan Rumah Singapura, Malaysia, Brunei Darussalam dan Saudi Arabia.


NOSTALGIA PERKUMPULAN TERDAHULU

Singapore 2010










Brunei 2011





Labuan 2012







Maaf Lama Tidak Di Perkemaskini

Penulis memohon maaf kerana Blog ini lama tidak dipekemaskinikan disebabkan oleh masaalah kesihatan yang kurang mengizinkan.

Keputusan Cemerlang Peperiksaan Sekolah Sekolah Rendah Brunei

Tahniah kepada Mohammad Azizan Anas dan Nyssa Hj Esham kerana memperolehi keputusan cemerlang 5A didalam Peperiksaan Sekolah Rendah Brunei dan seterusnya diterima melanjutkan persekolahan di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. Dan juga kepada Abdul Azim Anas kerana memperolehi hadiah Pelajar Terbaik dalam darjah bagi Tahun 11. Majlis diadakan di Sekolah PGGMB, Sungai Akar dan disaksikan oleh Cikgu Sikun, Pengetua.
Abdul Azim menerima Hadiah Cemerlang dari ibunda Hajah Jamilah Haji Abdul Hamid



Mohammad Azizan menerima Hadiah Cemerlang dari ayahanda Haji Mohammad Anas

Nyssa Esham menerima hadiah cemerlang yang disampaikan oleh ayahanda Haji Mohammad Esham

Isnin, 7 Oktober 2013

Selamat Pengantin Baru - Adi Rahman

Alhamdulillah, keluarga Banamah menerima khabar yang amat mengembirakan mengenai perkahwinan Adi Rahman, anakanda kepada Pak Cik Rahman iaitu ahli keluarga Banamah dari Kota Singapura pada hari Sabtu, 5 Oktober 2013. Adi Rahman adalah pengacara radio yang terkenal di Singapura.

Pak Cik Rahman dan Isteri, bersama Khusaini 
Adi Rahman dan isteri

Menunaikan Fardu Haji - Dato Paduka Haji Yunos

Alhamdulillah, Dato Paduka Haji Yunos, anakanda Allahyarham Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar Abdullah dan isteri Datin Hajah Haniah kini selamat berada di Kota Mekah bagi menunaikan fardu Haji.
Dato Paduka Haji Yunos dan Datin Hajah Haniah

Dato Haji Yunos dengan Pendakwah Terkenal Ustaz Azhar Idrus

Isnin, 23 September 2013

Selamat Melanjutkan Pelajaran di Bath University, UK. Siti Fatimah Azzahraa' Haji Mohammad Anas

Diucapkan Selamat Berlayar pada Sabtu 21 September 2013 (Pesawat bertolak pada pukul 2 pagi 22 September - delayed hampir 7 jam) kepada Siti Fatimah Azzahraa' Haji Mohammad Anas, cucunda Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar. Siti Fatimah Azzahraan' akan mengikuti jurusan Bio-Chemistry selama tiga tahun atas Biasiswa Dana. Sebelum ini Siti Fatimah Azzahraa' menuntut di Leighton Park School di Reading, UK selama dua tahun pada peringkat A-Level dengan memperolehi keputusan 3 As.








Semoga Terus Maju Jaya - Mohammad Afiq Al-Hakeem bin Haji Abdullah

Setinggi Tahniah kepada Mohammad Afiq Al-Hakeem bin Haji Abdullah, cucunda kepada Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar Banamah yang kini menuntut di University of Southampton dalam jurusan Mathematics atas biasiswa Dana. Mohammad Afiq bertolak pada hari Jumaat 20 September 2013.


Ahad, 15 September 2013

Selamat Melanjutkan Pelajaran Di Bradford University, United Kingdom

Diucapkan selamat melanjutkan pelajaran kepada Siti Nur Qistina Haji Mohammad Anas. Nur Qistina telah bertolak ke United Kingdom pada hari Khamis, 12 September 2013 dan akan mengikuti kursus Occupational Theraphy selama tiga tahun di Bradford University. Kaum keluarga mendoakan semoga terus maju jaya dalam segenap bidang.