Sabtu, 31 Julai 2010

Takziah: Allahyarham Abdul Rahman bin Petra (Sepupu Hajah Salmah binti Haji Tengah)

Bagi mewakili keluarga besar Al-Bana'mah diucapkan takziah kepada Hajah Salmah binti Haji Tengah (Brunei) serta adik beradik beliau atas kembalinya Allahyarham Abdul Rahman bin Petra iaitu sepupu dari sebelah ayahanda mereka. Allahyarham meninggal pada Malam Jumaat 30 Julai 2010 di Kota Kinabalu, Sabah.

Allahyarham Abdul Rahman bermastuatin di Papar, Sabah. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah Subbahana Wataala, Amin ya Rabbalalamin.

Jumaat, 30 Julai 2010

Kenali Keluarga Kita: Haji Abdullah Haji Tengah


Dalam Gambar: Haji Abdullah (lebih dikenali sebagai Dol) dan Salwa bersama anak-anak tersayang Hakeem (baju coklat no 31; Edah Fateem dan Afiq.

Haji Abdullah bin Haji Tengah adalah anak ke-empat Sharifah Hjh Edah binti Sheikh Hj Umar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah. Beliau semasa kecil telah diangkat oleh Sheikh Haji Umar kerana isteri beliau Siti Aishah Salim (Nenda Haji Abdullah) tidak mahu berpisah dengan cucunda beliau tersebut. Dengan itu, Haji Abdullah telah membesar dan bersekolah di Kuala Belait sehinggalah sekarang.

Haji Abdullah dengan isteri Dayang Salwa Haji Yahya dikurniakan tiga orang anak, Edah Fateem (sekarang menuntut di Glasgow dalam bidang kedoktoran); Hakeem (menuntut di University Brunei Darussaloam) dan Afiq (menuntut di salah sebuah Sekolah Menengah di Kuala Belait). Haji Abdullah dan keluarga tinggal di Kampong Pandan 7. Bagi Majlis Perjumpaan Keturunan Al-Bana'mah pada bulan Disember 2010 ini nanti, Haji Abdullah adalah bertanggungjawab selaku Fokal Point Daerah Belait dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Persembahan. Semasa muda, Haji Abdullah aktif dalam berkugiran dengan kumpulannya sendiri the Adilah 5. Semenjak itu beliau telah dikenali dengan nama Dol Jagger.

Rabu, 28 Julai 2010

Kisah Lama Haji Abdul Latif bin Muhammad (Suami Sharifah Hjh Sino Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah)


Klik Dua Kali Untuk Gambar Besar


Muka-muka surat ini diambil dari Buku bertajuk "Who Shall Separate Us" yang ditulis oleh Allahyarham Dato Abang Haji Yusof Putih, bekas Setiausaha Kerajaan, Sarawak. Haji Abdul Latif adalah bekas teman sekolah Allahyarham di Batu Lintang, Sarawak. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas Allayarham Dato Haji Yusof Putih. Al Fateha.

Saya pernah bertemu Allahyarham semasa beliau berada di Negara Brunei Darussalam yang mana beliau disambut dengan penoh mesra oleh sahabat2 beliau yang kesemua bekas penuntut di Batu Lintang. Beliau sangat peramah dan sentiasa merendah diri walaupun merupakan seorang bekas pembesar negara di Sarawak.

Selasa, 27 Julai 2010

Majlis Menyambut Nisfu Syaaban






Alhamduiillah majlis sembahyang berjemaah dan seterusnya membaca surah yasin sempena malam Nisfu Syaaban telah diadakan pada malam tadi, 26 Julai 2010 bersamaan 15 Syaaban 1431 Hijriah. Hadir di majlis berkenaan adalah kaum keluarga dan sanak saudara yang berada di Negara Brunei Darussalam termasuklah Junidi Elih, suami kepada Hjh Norhayati yang sedang balik bercuti ke tanah air. Majlis juga diteruskan dengan membaca tahlil bagi sanak saudara yang telah pergi ke rahmatullah.

Sembahyang Berjemaah Maghrib dan Isya telah di imamkan oleh Yang Berhormat Dato Paduka Haji Yunos Mohd Noh dan doa Nisfu Syaaban dibacakan oleh Muhammad Harith bin Haji Zinal Abadin. Nisfu Syaaban bererti pertengahan bulam Syaaban yang mana pada malam dan siangnya dipenuhi dengan banyak keberkataan dan keistemewaan bagi mereka yang mengerjakan amal ibadat terutama sekali berpuasa pada siang harinya.

Sabtu, 24 Julai 2010

Tahniah atas mendapat Anak Pertama


Sukacita memaklumkan kelahiran Mohamad Muizzuddin anak pertama bagi Mohamad Husin dan Zabaidah Hidop pada pagi ini 24 Julai 2010 bersamaan 13 Syaaban 1431 jam 6.50 pagi di Beaufort, Sabah. Mohamad Muizuddin adalah cucunda ketiga bagi Dayang Kamsah binti Hussin (anak kepada Allahyarham Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah). Alhamdulillah dan tahniah kepada kedua ibu bapa yang baru dan semoga Mohamad Muizuddin menjadi anak yang soleh, pintar dan sehat walafiat. Amin Ya Rabbalalamin.


Mohamad Husin dengan anak tersayang Mohd Muizuddin


Mohamad Muizuddin ditimang oleh ninda Dayang Kamsah@Paya

Jumaat, 23 Julai 2010

Majlis Sembahyang Berjemaah Seterusnya Menyambut Nisfu Syaaban

Assalamualaikum, sukacita dimaklumkan bahawa Sembahyang Berjemaah Fardhu Maghrib dan Isya, yang diselajurkan dengan doa nisfu syaaban dan bertahlil akan diadakan pada hari Isnin, 26 Julai 2010 bertempat di kediaman Haji Mohammad Anas Haji Abdul Latif di No. 5 Simpang 325, Kampong Kota Batu, B.S, Begawan. Tuan Rumah bagi Majlis ini adalah Haji Abdul Latif dan Sharifah Hjh Sino Al-Bana'mah. Sukacita dipohonkan saudara mara agar akan dapat meramaikan majlis berkenaan. Terima kaseh.

Khamis, 22 Julai 2010

Ucapan Tahniah

Sukacita diucapkan setinggi tahniah kepada Siti Yasmin Farhana Hj Mohd Sofian dan Siti Farah Diyana Hj Mohd Anas iaitu cucunda2 kepada Sharifah Hjh Sino binti Haji Umar Al-Bana'mah kerana berjaya mendapat tempat untuk masing-masing mengikuti izajah sarjana muda dalam kurusu BSc (Batchelor of Science) dan BBus (Batchelor of Business) di University Brunei Darussalam yang akan bermula Isnin, 26 Julai 2010. Semoga keduanya mengambil peluang keemasan ini dengan berusaha agar mendapatkan keputusan cemerlamg.

Adalah juga dikhabarkan berita gembira bahawa Siti Azaira Shahirah binti Haji Mohammad Esham Dato Haji Yunos, cicit kepada Sharifah Hajah Edah binti Haji Umar Al-Bana'mah telahpun mendapat skim biasiswa khas Kerajaan bagi mengikuti kursus A-Level dan seterusnya izajah di England, UK yang akan bermula pada penhujung bulan Ogos 2010. Kami keluarga besar Al-Bana'mah memenjatkan doa dan bersyukur kepada Allah Subahanawataala atas rezeki dan kesehatan yang dikorniakannya kepada kita semuanya.

Selasa, 20 Julai 2010

Al-Fateha. Kembalinya Kerahmatullah Sharifah Zainab

Dukacita dimaklumkan bahawa bonda kepada Dayang@Kamsiah (Singapura) iaitu Sharifah Zainab binti Sheikh Haji Abu Bakar bin Sheikh Abdullah Al-Bana'mah telah kembali ke rahmatullah pada subuh hari ini, 20 Julai 2010 di Singapura. Kami keluarga besar Al-Bana'mah dari Brunei, Labuan dan Singapura mengucapkan berbanyak takziah kepada Dayang dan Keluarga. Adalah dijemput saudara mara untuk membacakan surah Al-Fateha dan sama berdoa semogah roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan disebaik-baik tempat dialam berza dan diakhirat. Amin Ya Rabbalalamin.

Ahad, 18 Julai 2010

Perayaan Hari Keputeraan Ke 64

Tarikh 15 Julai pada setiap tahun adalah salah satu yang selalu dinanti2kan di Negara Brunei Darussalam kerana ianya merupakan tarikh Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizadin Waddaulah. Pada tahun ini genaplah usia bagida ke 64 tahun. Upacara perayaan bermula dengan Perbarisan Di Raja di Padang Sultan Haji Omar Ali Saifuddien yang berdepenan dengan Masjid yang mempunyai nama yang sama. Setelah itu diuikiti dengan Majlis Penyampaian Bintang2 Kebesaran di Istana Nurul Iman. Pada malam hari akan diadakan Majlis Persantapan juga di Istana Nurul Iman yang mana selepas itu Pertunjukan Bunga Api diadakan.

Alhamdulillah selain dari acara2 diatas beberapa acara lain diadakan seperti Majlis Bersama Rakyat di keempat Daerah Brunei-Muara. Belait, Tutong dan Temburong. Ianya di meriakan lagi dengan Acara Persembahan Pentas. Di Daerah Brunei-Muara ianya diadakan di tempat letak kereta berhadapanan dengan Bangunan Alat-Alat kebesaran Di-Raja. Acara ini berlangsung dari malam 15 Julai hingga 31 Julai 2010. Bagi menghormati bulan Rejab dan Syaaban, persembahan pentas pada tahun ini hanyalahn yang berbentuk keagamaan sahaja. Namun begitu, suasana maseh berwarna-warni dengan pintu-pintu gerbang yang menarik di bina di serata tempat.

Bagi tahun ini, pada hari Sabtu 17 Julai 2010 antara ahli keluarga besar Al-Bana'mah yang ikut serta didalam acara persembahan pentah ialah Mohammad Azizan bin Haji Mohammad Anas yang mewakili Sekolah Agama Kampong Pelambayan. Mohammad Azizan turut serta dalam nyanyian nasyid bertajuk Al-Thaiyibbah dan juga modelling pakaian2 berciri Islam.

Mohammad Azizan semasa menyertai persembahan Nasyid

Mohammad Azizan menjadi model bagi pakaian muslim

Mohammad Azizan bersama rakan2 sekolah dan juga anak2 cikgu sekolah beliau semasa menanti giliran untuk melakukan 'catwalk'.


Siti Nur Syahirah adinda Mohammad Azizan nampak sangat gembira melihat suasana yang berwarna warni walaupun jam sudah lewat 10 malam.

Selasa, 13 Julai 2010

Ucapan Tahniah

Kami mewakili kaum keluarga besar Al-Bana'mah ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Siti Amalina Izzati@Siti Zubaidah binti Haji Mohammad Sofian kerana lulus dan seterusnya mengikuti sesi gradution di Liverpool John Moore University pada hari Selasa, 13 Julai 2010.


Isnin, 12 Julai 2010

Cucunda2 dan Cicit2 Allahyarham Sharifah Hajah Gayah Al-Bana'mah melalui Hjh Munah @ Minah




Alhamdulillah, ramai sekali keturunan Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah yang menetap di Wilayah Persekutuan Labuan. Semoga semuanya hidup aman damai, sihat walafiat dan dimurahkan rezeki oleh Allah Subbahanawataala. Amin.

P/s Hajah Munah ataupun lebih dikenali sebagai Hajah Minah adalah anak tertua kepada Allayarham Sharifrah Haji Gayah. Beliau menetap di Banteng, W.P. Labuan bersama suami, anak-anak dan cucu-cucu beliau.

Keturunan Al-Bana'mah melalui Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah

Ahad, 11 Julai 2010

Tahniah Kerana Terpilih Foto2 Terbaik "ProjekBrunei"

Tahniah kepada Siti Fatimah Azzahraa' dan Siti Farah Diyana kerana foto2 terpilih sebagai antara yang terbaik dalam Pertandingan Foto Brunei Projek "Brunei Ku". Judges' comments under each photo.

"Here are the winning 'Your Brunei' photographs!
Finally, the wait is over! Four special guest judges have helped in selecting the winning photographs from the recent 'Your Brunei' Twitter contest, where tweeps were invited to tweet back photographs to the theme 'Your Brunei'. *drum-roll please!*"



By @Emmaanas
Note by @SuperAdrianMe: I like this picture because it shows the people in tudongs and the architecture of the stadium...and mass participation by the people.


By @Emmaanas (Yes, two of her photographs were selected by the judges!)
Note by @MicBandits: We agreed that this represented the foundation of a Bruneian; family. Anyone will remember the many times they've spent at the beach with their families and friends...a true Bruneian getaway.



By @Farahanas
Editor's Note: Everyone has a story. The rich colours reminds me of this.

RIWAYAT HIDUP TOK AMI SHEIKH HAJI ABU BAKAR BIN SHEIKH HAJI ABDULLAH AL-BANA'MAH (ADINDA KEPADA DATOK SHEIKH HAJI OMAR BIN SHEIKH HAJI ABDULLAH

(Sumbangan Haji Abdul Jalil Haji Abdul Latif)


Tok Ami Haji Abu Bakar tinggal di No. 8, Jalan Khamis, Singapura. Beliau mempunyai beberapa orang anak antaranya Dr Hj Mohammad(Ami mat),Ami Dol,Ami Nin dan yang perempuan adalah Makcik Zainah (bonda kepada Dayang), Achee (bonda kepada Awie) dan beberapa orang lagi.

Dahulu kami sekeluarga kerap kali berkunjung ke Singapura dengan menaiki kapal laut yang memakan masa 3 hari dan 3 malam.Kami menginap di rumah Tok Ami.Pernah sekali kami pergi pada bulan puasa.Saya juga turut berpuasa dengan Tok Ami.Beliau hanya memakan beberapa potong roti paun setiap hari puasa.Pada malamnya,beliau akan menaiki bas untuk sembahyang tarawih di Masjid Sultan. Yang saya kagumi,walaupun Tok Ami sudah mencecah umur 70 lebih tahun,kalau saya tidak silap,beliau berupaya turun naik bas dan ulang alik ke Masjid setiap malam. Beliau terpaksa berjalan keluar ke jalan besar untuk menaiki bas.

Beliau telah menunaikan Haji kali kedua dengan Ami Nin dan menghembuskan nafas yang terakhir di tanah suci. Mudah2an rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang berinan,Amin

Rabu, 7 Julai 2010

Bahasa Melayu Berunai


Bagi tatapan bersama. Kadang2 ada saudara besar dari Singapura inda faham bahasa saudara mara dari Brunei dan Labuan sebab perbezaan dalam bahasa Melayu standard dengan bahasa Berunai sendiri.

Isnin, 5 Julai 2010

Final National U-14

Bersukan adalah salah satu cara terbaik untuk mengekalkan kesihatan badan dan mengukuhkan ketahanan mental. Semasa melihat album elektronik, saya terjumpa gambar Mohammad Aiman (cucu kepada Sharifah Hajah Sino Sheikh Haji Umar Al-Bana'mah) pasukan beliau (Projek Ikan Pusu memenangi Brunei National Under 14) pada bulan Ogos 2009. Sayangnya keluarga besar Al-Bana'mah di Brunei sememangnya tidaklah terkenal dengan penyertaan didalam sukan. Untuk makluman pada masa ini, Mohammad Aiman sedang mengikuti sesi latihan bagi ASEAN U-16 Football Tournament yang akan diadakan di Jogjakarta pada tahun ini. Mudahan2 beliau akan terpilih dalam sesi pemilihan nanti. Amin.



Mohammad Aiman bersama Coach Haji Omar




Ayah Aiman (sebelah kiri dengan bendera kuning) tumpang glamer.

Makluman

Sukacita dipohonkan kerjasama ahli-ahli keluarga besar Al-Bana'mah apa kiranya akan dapat memberikan buah fikiran dan bahan2 untuk dimasukkan kedalam blog Al-Bana'mah Family ini. Cerita2 lama mengenai ahli keluarga yang terdahulu samada yang masih ada ataupun tiada, berita2 suka dan duka, pecapaian, kejayaan dan sebagainya. Sila hantar bahan2 berkenaan kepada anaslatif@yahoo.com. Terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kaseh. Wassalam.

Sabtu, 3 Julai 2010

Majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah. Tahniah kepada Abdul Azim Hj Mohammad Anas, cucunda kepada Sharifah Hjh Sino binti Sheikh Hj Umar Al-Bana'mah kerana ikut serta didalam Majlis Khatamal Al-Quran Bagi Penuntut2 Darjah Enam Sekolah Agama Kampong Pelambayan pada hari ini Sabtu 2, Julai 2010.



Abdul Azim semasa Majlis Khatam Al-Quran.



Abdul Azim menerima sijil dari Tetamu Kehormat



Adinda Abdul Azim iaitu Mohammad Aizat turut serta meraikan murid-murid khatam dalam pasukan dzikir.



Abdul Azim bersama bonda Hajah Jamilah Haji Abdul Hamid, Ninda Sharifah Hjh Sino dan Mohammad Aizat.

Khamis, 1 Julai 2010

Daun Sirih - Ubat Tradisional Bagi Perut Kembung

Antara seawal-awal kenangan semasa saya masih kecil ialah bagaimana Maedah (Sharifah Hajah Edah) mengubati perut kembung. Saya berumur kira2 3 tahun lebih masa tersebut. Maedah akan mengunyah sirih bercampur pinang dan gambir sehingga lumat (hancur) dan berwarna-warna kemerahan dan setelah itu menyimburkan (memauskan) campuran tersebut ke perut dan seterusnya membelut kawasan perut dan badung (perkataan Brunei bagi barut, yang diperbuat dari kain. Barut itu kemudiannya diikat dengan tali yang juga diperbuat dari kain) dan dibiarkan sedemikian selama beberapa jam. Sungguh geli rasanya disembur dengan campuran sirih tersebut.

Cebisan dari Asian Culinary Encyclopedic

* Secara tradisional, tanaman yang berasal dari India, Sri Lanka, dan Malaysia ini dipakai untuk mengatasi bau badan dan mulut, sariawan, mimisan, gatal-gatal dan koreng.

Ini karena tanaman obat yang sudah dikenal sejak tahun 600 SM ini mengandung zat antiseptik yang mampu membunuh kuman. Kandungan fenol dalam sifat antiseptiknya lima kali lebih efektif dibandingkan dengan fenol biasa.

Dalam farmakologi Cina, sirih dikenal sebagai tanaman yang memiliki sifat hangat dan pedas. Secara tradisional mereka menggunakan daun sirih untuk meluruhkan kentut, menghentikan batuk, mengurangi peradangan, dan menghilangkan gatal. Pada pengobatan tradisional India, daun sirih dikenal sebagai zat aromatik yang menghangatkan, bersifat antiseptik.