Rabu, 19 September 2012

Tahniah- Siti Farah Diyana Hj Mohammad Anas

Diucapkan tahniah kepada Siti Farah Diyana binti Haji Mohammad Anas kerana telah menerima biasiswa untuk mengikuti Program Discovery Year di Hull University di United Kingdom selama satu tahun. Semoga akan dapat mengunakan kesempatan ini untuk menimba pengetahuan di negara orang. Shukur alhamdulillah.

Tambahan:

Tahniah kepada Siti Farah Diyana kerana memperolehi Anugerah Buku Dan Merit bagi tahun dua dalam bidang Ekonomik dari Univesity Brunei Darussalam pada hari Sabtu, 29 September 2012. Anugerah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Dato Abu Bakar Apong, Menteri Pendidikan.

Selasa, 18 September 2012

Al-Fatiah. Allahyarham Haji Abdul Latif Bin Muhammad

Assalamualaikum, maaf kerana sudah lama blog ini tidak dikemaskinikan. Saya mewakili ahli keluarga Sharifah Hajah Sino Banamah dukacita memaklumkan bahawa  Awang Haji Abdul Latif bin Muhammad iaitu suami kepada Sharifah Hajah Sino Banamah telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 31 Ogos 2012 bersamaan dengan 12 Syawal 1433 H pada jam 11.03 malam.

Allahyarham mempunyai 5 orang anak (menantu) iaitu Haji Abdul Jalil (Siti Afsah), Haji Mohammad Anas (Hajah Jamilah), Hajah Siti Hani (Haji Zainal Abadin, Haji Mohammad Sofian (Hjh Rokiah) dan Hajah Siti Norhayati (Zunidi) serta 17 orang cucu.

Bagi pihak ahli keluarga, kami memohon agar diampunkan segala kesalahan Allahyarham dan halalkan apa jua yang termakan, Jika terdapat hutang piutang yang tidak diketahui, silakan hubungi kaum keluarga bagi penyelesaian keatasnya. Kami juga memohon agar dapat dihadiahkan bacaan Al-Faihah dan ayat-ayat suci al-Quran kepada Allahyarham dan sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan ditempat yang terbaik disisi Allah Subbahana Wataala. Amin Ya Rabbal Alamin.