Rabu, 11 Disember 2013

Rombongan Labuan - Singapore, Here we come!

Alhamdulillah, sanak saudara Banamah dari Brunei Darussalam dan Malaysia kini samada telahpun sampai dan akan sampai ke Singapura bagi Majlis Perjumpaan Banamah kalai ke 4 di Royal Plaza at Scotts, Singapura. Gambar-gambar berikut menunujukkan keluarga Haji Alias Husin (anakanda kepada Allahyarham Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar Banamah) dari Wilayah Persekutuan Labuan semasa berada di Sabah bagi mengikuti penerbangan ke Johor, sebelum ke Singapura pada 14 Disember 2013. Didoakan perjalanan yang selamat, Amin


Dalam perjalanan di Tanah Besar Sabah, selepas menggunakan feri dari Wilayah Persekutuan Labuan


Santai makan durian di Kota Kinabalu


Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, sejurus sebelum berangkat ke Senai, Johor Baharu
.

Ahad, 8 Disember 2013

Perjumpaan Banamah di Kota Singapura pada 14 Disember 2013

Alhamdulillah, penulis menerima berita gembira yang persiapan bagi Majlis Perjumpaan Banamah kali ke 4 akan diadakan di Kota Singapura pada Sabtu, 14 Disember 2013 di Royal Plaza at Scott, Scott Road, Singapura. Majlis akan dihadiri oleh keluarga dari Tuan Rumah Singapura, Malaysia, Brunei Darussalam dan Saudi Arabia.


NOSTALGIA PERKUMPULAN TERDAHULU

Singapore 2010










Brunei 2011





Labuan 2012







Maaf Lama Tidak Di Perkemaskini

Penulis memohon maaf kerana Blog ini lama tidak dipekemaskinikan disebabkan oleh masaalah kesihatan yang kurang mengizinkan.

Keputusan Cemerlang Peperiksaan Sekolah Sekolah Rendah Brunei

Tahniah kepada Mohammad Azizan Anas dan Nyssa Hj Esham kerana memperolehi keputusan cemerlang 5A didalam Peperiksaan Sekolah Rendah Brunei dan seterusnya diterima melanjutkan persekolahan di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. Dan juga kepada Abdul Azim Anas kerana memperolehi hadiah Pelajar Terbaik dalam darjah bagi Tahun 11. Majlis diadakan di Sekolah PGGMB, Sungai Akar dan disaksikan oleh Cikgu Sikun, Pengetua.
Abdul Azim menerima Hadiah Cemerlang dari ibunda Hajah Jamilah Haji Abdul Hamid



Mohammad Azizan menerima Hadiah Cemerlang dari ayahanda Haji Mohammad Anas

Nyssa Esham menerima hadiah cemerlang yang disampaikan oleh ayahanda Haji Mohammad Esham