Isnin, 26 November 2012

Tahniah Seri Suriani dan Ahmad Zaid Banamah

Tahniah diucapkan kepada anak-anak buah tersayang atas kejayaan semasa menduduki perperiksaan sekolah rendah masing-masing iaitu kepada Seri Suriani binti Ali Suboroto, cicit kepada Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Unar Banamah yang memperolehi 4A 1B bagi peperiksaan di Labuan, Malaysia dan kepada Ahmad Zaid Banamah bin Haji Mohd Sofian, cucunda kepada Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Banamah yang telah memperolehi 5 B.


Ahad, 25 November 2012

Tahniah Kepada Syahirah Anas

Diucapkan tahniah kepada Siti Nur Syahirah Anas kerana tamat pengajian Taman Asuhan Kanak (Kindergarden 3) dari DES School pada Jumaat, 24 November 2012

Ahad, 18 November 2012

Projek Kambing Ku - Banamah. Part 1

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, kearah mempertingkatkan ekonomi, keluarga Banamah yang diketuai olih Yang Mulia Dato Paduka Haji Yunos Mohammad Noh telahpun mula melaksanakan Projek Kambing Ku di ladang yang terletak di Labi, Belait.


Tapak di Kampung Labi, Belait.


Zunidi memikul rumput jenis alfafa yang akan ditanam semula



Mohammad Haji Sofian  turut bersemangat

Haji Abdullah jadi tukang masak

 Memang enak makan di tengah ladang.  Haji Abdullah (depan) dan adnda Haji Salim.