Isnin, 30 Januari 2012

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah Majlis Persandingan Nur Aniza binti Johari dan Iskandar bin Abdul Samad telah berlangsung pada hari Ahad, 28 Januari 2012.

Kedua pengantin bergambar bersama ayahanda dan bonda,

Pengantin bersama kaum keluarga dari Brunei dan Singapura

Gambar Pak Sharif, anakanda kepada Sharifah Aminah binti Sheikh Haji Abdullah. Cucunda kepada Sheikh Haji Abdullah dan Sheikha Maimunah.

Jumaat, 27 Januari 2012

Majlis Perkahwinan Nur Aniza Binti Johari dan Iakandar bin Abdul Samad


Bakal Pengantin Nur Aniza bersama ayahanda Johari bin Jamaludin. Gambar-gamba ini diambil pada 9 Mei 2010 iaitu semasa Majlis Pertunangan dilangsungkan.

Alhamdulillah, Majlis Perkahwinan diantara Nur Aniza Johari dan Iskandar Abdul Samad akan berlangsung esok hari iaitu Ahad, 29 Januari 2012 di Blok 284, Choo Chu Kang Avenue 3, Singapura. Majlis resepsi akan berlangsung dari jam 11 pagi hingga 5 petang, Sanak saudara dan sahabat handai dari Brunei dan Malaysia adalah dialu-alukan. Ayahanda pengantin perempuan iaitu Encik Johari bin Jamaludin adalah cicit kepada Nik Busu dan cicit kemanakan kepada Syeikha Maimunah, isteri kepada Sheikh Haji Abdullah Bana'mah.

Anak-anak Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah

Alhamdulillah, kita bersyukur kerana dapat menunjukkan gambar anakanda-anakanda Sharifah Hajah Gayah dan Awang Hussin. Gambar ini adalah sangat bermakna kerana amat sukar memperolehinya apalah lagi kerana salah seorang daripada kelima beradik ini bermastuatin di Terengganu, Malaysia.

Dari kiri: Haji Alias, Kamsah@Paya, Hajah Munah@Minah, Maimun dan Razi

Majlis Khatamal Quran


Kaum keluarga menunggu ketibaan ahli keluarga yang akan mengkhatam alquran



Para jemputan dan ahli keluarga menungu ketibaan ahli keluarga yang akan berkhatam quran. Bacaan dzikir juga diadakan selepas majlis khatam

Ahli keluarga yang akan khatamal quran diusung dengan kenaikan khas dengan diiringi pukulan rebana. Perjalanan dekat dari kediaman mereka menuju ke rumah ninda Haji Alias Hussin

Tiba dirumah ninda tersayang

Bersedia untuk masuk ke dalam Majlis

Majlis Khatam di mulakan

Dari kiri: Ayahanda Rast Rustam, Mak Long, Ninda Fatima Onn, Nurhidayanti (baju putih), ibunda Junaidah Haji Alias.

Alhamdulillah, pada hari Sabtu 21 Januari 2012 telah berlangsung Majlis Khatamal Quran bagi cucunda-cucunda kepada Haji Alias bin Hussin iaitu Nurhidayanti Sari), Syarif Hidayah Tullah, Seri Nurfadillah dan Sri Nurhikmah Indriani. Majlis berlangsung di Kampong Lubuk Tamiang, Wilayah Persekutuan Labuan dan telah dihadiri oleh sanak saudara dan kaum keluarga. Tahniah kepada anak-anak buah dan cucu-cucu yang diraikan.

Isnin, 23 Januari 2012

Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan-Paintball

Alhamdulillah, khas bagi kaum belia dan yang perasaan masih muda belia, satu permainan persahabatan paintballing telah diadakan di Gelanggang Paintball, Lubuk Tamiang pada 26 Disember 2011 mulai jam 10.00 pagi. Lebih 40 peserta dari Brunei, Singapura dan Malaysia meyertainya.















Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan -Acara Malam Silatulrahim.
















Majlis Perkahwinan Nur Aniza Binti Johari dan Iskandar bin Abdul Samad

Akhamdulillah, kita menerima berita yang mengembirakan mengenai Majlis Perkahwinan diantara Nur Aniza Johari dan Iskandar Abdul Samad yang akan berlangsung pada hari Ahad, 29 Januari 2012 di Blok 284, Choo Chu Kang Avenue 3, Singapura. Majlis resepsi akan berlangsung dari jam 11 pagi hingga 5 petang, Sanak saudara dan sahabat handai dari Brunei dan Malaysia adalah dialu-alukan. Ayahanda pengantin perempuan iaitu Encik Johari bin Jamaludin adalah cicit kepada Nik Busu dan cicit kemanakan kepada Syeikha Maimunah, isteri kepada Sheikh Haji Abdullah Bana'mah.

Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan- Malam Silatulrahim Keluarga


Keluarga Sharifah Hajah saifun Sheikh Haji Umar Bana'mah (Kuala Belait, Brunei)

Keluarga Sharifah Hajah Gayah binti Sheikh Haji Umar (Labuan)

Kumpulan Saudara mara dari Singapura

Keluarga pasangan Pak Cik Saffian dan Mak Cik Salmah, anak-cucu Sharifah Mariam binti Sheikh Abdullah Bana'mah

Keluarga Sharifah Raidah binti Sheikh Haji Abdullah

Keluarga Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Bana'mah

Keluarga Sheikh Ahmad bin Sheikh Haji Abu Bakar Bana'mah

Keluarga Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar Bana'mah