Jumaat, 25 November 2011

Selamat Pengantin Baru

Sukacita diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Abdul Samad bin Anuar dan isteri Halimatusa'adiah Haji Tengah. Majlis Pernikahan telah diadakan di rumah pengantin perempuan di Kampong Perpindahan Rimba pada jam 4.00 petang, hari Jumaat, 26 November 2011. Abdul Samad adalah anakanda kepada pasangan Anuar bin Haji Idris dan Dayang Jaimah. Abdul Samad adalah cucunda kepada Mak Embam (cucunda Sheikh Haji Abdullah Bana'mah).

Majlis Persandingan akan diadakan pada hari Ahad, 1 Muharam 1433 bersamaan 28 November 2011 di Dewan Sekolah Menengah Rimba.


Upacara Akad Nikah sedang dijalankan.

Pengantin Lelaki menyarungkan cincin ke jari Pengantin Perempauan

Kedua mempelai bergambar dengan keluarga Pengantin Lelaki.

Rabu, 16 November 2011

Selamat Kembali Ke Tanah Air



Sukacita dimaklumkan bahawa Dato Paduka Haji Yunos bin Mohammad Noh dan isteri Datin Hajah Haniah telah pun berangkat kembali ke tanah air pada petang 15 November 2011. Pesawat yang membawa rombongan haji ke empat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukol 3.30 petang. Menyambut ketibaan kedua jemaah di Tanjong Nangka adalah sanak saudara termasuklah Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Unar Al-Bana'mah.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sharifah Hajah Tom binti Sheikh Haji Abdullah juga telah berangkat kembali ke tanah air dengan rombongan kedua yang tiba pada hari Isnin, 13 November 2011. Sharifah Hajah Tom disertai oleh suami Haji Abdu Bakar Sirat dan anakanda Hajah Bibi serta suami, Haji Mohamad Naseer.

Didoakan semoga memperolehi haji yang mabrur, amin.

Isnin, 14 November 2011

Perjumpaan Al-Bana'mah di Pulau Labuan

Sukacita memperingatkan bahawa Perjumpaan Al-Bana'mah akan berlangsung kira-kira 40 hari sahaja lagi iaitu pada 25 Disember 2011. Kepada sesiapa yang ingin mendaftar untok menyertai Majlis Perjumpaan berkenaan sila hubungi Nurjani, Labuan.

Selamat Hari Raya Aidul Adha

Walau sudah berlalu, kami keluarga besar Bana'mah di Brunei Darussalam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha kepada seluruh umat Islam khususnya kepada keluarga-keluarga bana'mah di Malaysia, Singapura, Indonesia, Yemen dan lain-lain lagi. Kepada yang menunaikan fardhu haji didoakan semoga mendapat haji yang mabrur. Amin.