Ahad, 29 Mei 2011

Tahniah kepada Lily Karmila Khusaini



Tahniah kepada Lily Karmila Khusaini (tudong hitam) kerana telah mendapat sijil penyertaan didalam aktiviti menghafal surah Yassin. Didalam kita mengejar ilmu keduniaan, ilmu keagamaan dan untuk akhirat adalah sangat penting.

Perjumpaan Keluarga Bana'mah

Alhamdulillah, pada masa ini Bonda Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana'mah sedang berada di Singapura untuk beristirehat sambil mengunjungi anakanda Hajah Norhayati yang bertugas di sana. Semasa kunjungan kali ini, beliau telah berkesempatan untok bertemu anak-anak saudara beliau yang berasal dari Singapura. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa perjumpaan berkenaan pada 27 Mei 2011.
.
The Bana'mah Ladies


The Bana'mah Cousins from Singapore and Brunei

Jumaat, 27 Mei 2011

Aturcara Majlis Perjumpaan Besar Banamah Disember 2011


Borang Kehadiran Bagi Majlis Perjumpaan Besar Bana'mah di Wilayah Persekutuan Labuan



Sukacita dimaklumkan bahawa borang pendaftaran bagi Majlis Perjumpaan Besar Bana'mah di Wilayah Persekutuan Labuan telahpun diedarkan. Sila cetak dan isikan borang ini dan hantarkan kepada Nurjanis Kamarudin melalui e-mail nurjanis@bankislamtrust.com.my

Untuk keterangan lanjut keluarga di Singapura bolehlah menghubungi Encik Khusaini dan di Brunei Darussalam, Haji Mohammad Anas ataupun Haji Mohamad Sofian.

Wassalam.

Mesyuarat Bagi Perjumpaan Keluarga Bana'mah Di Labuan





Alhamdulillah, keluarga Bana'mah di Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan Mesyuarat kearah persediaan menyambut keluarga besar Bana'mah semasa perjumpaan dalam bulan Disember tahun ini. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa permesyuaratan berkenaan.

Sabtu, 14 Mei 2011

Jemputah Kahwin Dr. Siti Edah Fateema Haji Abdullah dengan Awangku Mohd Saiful Azra bin Pengiran Hj Rajid

Sukacita dipamirkan Kad Jemputan bagi bakal pengantin perempuan Dr. Siti Edah Fateema iaitu ankanda kepada Haji Abdullah bin Haji Tengah. Dr Siti Edah Fateema adalah cucunda kepada Sharifah Hajah Edah binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Abdullah Bana'mah.

Majlis Menerima Berian, Akad Nikah, Berinai dan Berbedak akan diadakan di Kuala Belait dan Majlis Persandingan di Hotel International Rizqun, Bandar Seri Begawan.

Bagi pihak keluarga pengantin, kami secara berbesar hati mengalu-alukan semua saudara mara dan sahabat handai di Singapura, Malaysia dan Brunei Darussalam serta dimana jua berada agar dapat hadir di Majlis-Majlis berkenaan.



Ahad, 1 Mei 2011

Gambar-gambar semasa menunaikan ibadah umrah





Alhamdulillah, kita telah menerima beberapa keping gambar yang diambil semasa keluarga bana'mah Mak Cik Salmah dan Pak Cik Saffian berada ditanah suci Mekah dan Medina. Untuk tatapan kita bersama.