Isnin, 22 Oktober 2012

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Tahniah diucapkan kepada saudara kita dari Singapura iaitu Azman Supardi dan isteri Siti Azizah kerana menyahut panggilan Allah Subahana Wataala bagi menunaikan Ibadah Haji pada tahun Hijrah 1433. Kedua suami isteri telah bertolak pada hari Jumaat 19 Oktober 2012. Alhamdullillah dan didoakan agar sentiasa sihat walafiat dan mendapat haji yang mabrur. Amin, amin, amin.

Gambar Nurul Hidjananingsih (pakaian hijau) dan Siti Azizah (pakaian putih) sejurus sebelum bertolak ke Saudi Arabia. Azman, suami Azizah dan Khusaini, suami Nurul adalah adik beradik.

Rabu, 17 Oktober 2012

Majlis Tahlil 40 Hari Bagi Allahyarham Haji Abdul Latif bin Muhammad



Majlis Tahlil 40 Hari telah diadakan pada hari Sabtu, 13 Oktober 2012 di Kampong Kota Batu, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Majlis Tahlil telah dimulakan dengan sembahyang berjemaah magrib dan khatamal al-quran, dan setelah itu sembahyang Isya berjemaah, Terima kasih kepada kaum keluarga dari Labuan, Miri dan Balingian yang telah hadir ke Majlis berkenaan. Cuma Allah sahaja yang dapat membalas letih penat abiskita semua. Amin.


Persediaan Bagi Majlis Khatamal Quran










Tahniah kerana penganugerahan biasiswa

Alhamdulillah. Setinggi tahniah diucapkan kepada Siti Nur Qistina binti Haji Mohammad Anas, cucunda kepada Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah kerana memperolehi biasiswa dari Kerajaan Brunei untuk mengikuti kursus selama tiga tahun dalam jurusan Occupational Theraphy di Bradford University, United Kingdom mulai bulan September, 2013.

Siti Nur Qistina (kanan hujung)  bersama keluarga

Selasa, 2 Oktober 2012

Tahniah - Siti Balqis Basirah bin Haji Abdul Rahman

Sukacita diucapkan setinggi tahniah kepada Siti Balqis Basirah binti Haji Abdul Rahman iaitu cucunda kepada Allahyarham Sharifah Edah binti Sheikh Haji Umar Banamah kerana telah berjaya memperolehi Batchelor of Arts didalam bidang Sejarah dari University Brunei Darussalam pada 26 September 2012. Sijil telah dikurniakan olih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Gambar: Siti Balqis Basirah bersama ibunda Hajah Rasimah binti Haji Ismail.

Rabu, 19 September 2012

Tahniah- Siti Farah Diyana Hj Mohammad Anas

Diucapkan tahniah kepada Siti Farah Diyana binti Haji Mohammad Anas kerana telah menerima biasiswa untuk mengikuti Program Discovery Year di Hull University di United Kingdom selama satu tahun. Semoga akan dapat mengunakan kesempatan ini untuk menimba pengetahuan di negara orang. Shukur alhamdulillah.

Tambahan:

Tahniah kepada Siti Farah Diyana kerana memperolehi Anugerah Buku Dan Merit bagi tahun dua dalam bidang Ekonomik dari Univesity Brunei Darussalam pada hari Sabtu, 29 September 2012. Anugerah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Dato Abu Bakar Apong, Menteri Pendidikan.

Selasa, 18 September 2012

Al-Fatiah. Allahyarham Haji Abdul Latif Bin Muhammad

Assalamualaikum, maaf kerana sudah lama blog ini tidak dikemaskinikan. Saya mewakili ahli keluarga Sharifah Hajah Sino Banamah dukacita memaklumkan bahawa  Awang Haji Abdul Latif bin Muhammad iaitu suami kepada Sharifah Hajah Sino Banamah telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 31 Ogos 2012 bersamaan dengan 12 Syawal 1433 H pada jam 11.03 malam.

Allahyarham mempunyai 5 orang anak (menantu) iaitu Haji Abdul Jalil (Siti Afsah), Haji Mohammad Anas (Hajah Jamilah), Hajah Siti Hani (Haji Zainal Abadin, Haji Mohammad Sofian (Hjh Rokiah) dan Hajah Siti Norhayati (Zunidi) serta 17 orang cucu.

Bagi pihak ahli keluarga, kami memohon agar diampunkan segala kesalahan Allahyarham dan halalkan apa jua yang termakan, Jika terdapat hutang piutang yang tidak diketahui, silakan hubungi kaum keluarga bagi penyelesaian keatasnya. Kami juga memohon agar dapat dihadiahkan bacaan Al-Faihah dan ayat-ayat suci al-Quran kepada Allahyarham dan sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan ditempat yang terbaik disisi Allah Subbahana Wataala. Amin Ya Rabbal Alamin.