Rabu, 9 Februari 2011

Kenali Pekan Kuala Belait


Pekan Kuala Belait dalam tahun 1955




Sebahagian dari bangunan-bangunan baru di Pekan Kuala Belait



Tanak Perkuburan Batu 3 di mana terletaknya pusara Allahyarham Sheikh Haji Umar Bana'ah (Gambar oleh sahabat saya Hussini Bakar, Penasihat Undang-Undang Brunei LNG)

Didalam kandungan blog ini, kita sering terbaca mengenai dengan Kuala Belait dan mungkin ada sebilangan pembaca ingin mengetahui lebih mendalam mengenai dengan pekan berkenaan. Namun begitu, perkataan Pekan Kuala Belait mungkin tidak sesuai lagi kerana Kuala Belait telah menjadi sebuah bandar yang lengkap dengan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan moden.

Kuala Belait terletak kira-kira 100 kilometer atau 67 batu kesebelah barat ibu negara Brunei (Bandar Seri Begawan) dan perjalanan dianatara kedua nya mengambil masa kira 1 jam 20 minit dengan mengunakan jalan raya melintasi Tutong. Dari Kuala Belait ke Miri iaitu sebuah bandar di Sarawak, Malaysia hanya mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan jika tiada ‘traffic jam’ di sempadan Sungai Tujuh.

Kuala Belait dan Seria terkenal dengan jolokan ‘Bandar Minyak’ kerana merupakan pusat aktiviti minyak Negara Brunei Darussalam. Banyak sanak saudara keturunan Bana’mah menetap di Kuala Belait dan bekerja atau pernah bekerja didalam industri minyak khususnya dengan Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (dalam tahun 1950an dikenali sebagai British Malayan Petroleum. Bagi kaum keluarga Bana’mah, Kuala Belait adalah sangat bersejarah kerana disana lah Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdullah Bana’mah menetap setelah berhijrah dari Labuan. Pusara beliau dan isteri beliau terletak di Tanah Perkuburan Islam Batu 3, Jalan Maulana, Kuala Belait.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan