MMakam Sheikh Haji Abdullah (tengah, batu nisan kecil). Dekat makam terdapat sebuah pohon cempaka yang hairannya tidak berdaun. Dari ristaan Pak Cik Saffian (suami kepada Mak Cik Salmah, cucu Allayarham Sheikh Haji Abdullah) semasa hidupnya, Allahyarham Sheikh Haji Abdullah mengemari pohon-pohon yang tidak berdaun. Dengan kuasa Allah jua, pohon cempaka yang berdekatan dengan makam Allahyarham juga tidak berdaun. Ini semua kuasa Allah, semuanya yang baik itu datang daripadanya dan yang lemah itu adalah kita semua.Semasa acara berziarah, rombongan telah dibawa mulanya ke makan adik beradik iaitu Sharifah Mariam bin Sheikh Haji Abdullah dan Sharifah Raidah binti Sheikh Haji Abdullah. Kemudiannya rombongan telah dibawa ke Tanjung Aru bagi menziarahi makam Sheikh Haji Abdullah dan seterlah itu, ke tanah perkuburan Lubuk Tamiang bagi menziarah makam Sharifah Gayah binti Sheikh Haji Umar. Kita semua berdoa agar allayarham sentiasa diperlindungi oleh Allah Subbahana Wataala. Amin.
Di Pusara Sharifah Mariam
Atas Pusara Sharifah Raidah (Nik Buang) yang berdekatan dengan pusara kakanda allahyarham Sharifah Mariam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan