Ahad, 27 Januari 2013

Pertemuan Keturunan Banamah

Alhamdulillah semasa persinggahan di Singapura dalam perjalanan pulang dari Cambodia ke Brunei Darussalam, dengan izin Allah jua, Haji Mohammad Anas (Brunei) dan Khusaini (Singapura) telah berpeluang bersua kenal dengan Encik Ali bin Abdul Rahman Bana'ma, saudara seketurunan Banamah.  Encik Ali berusia kira-kira 68 tahun tetapi nampak jauh lebih muda dari umur beliau.  Beliau merupakan Direktor bagi syarikat Banama, sebuah syarikat komoditi, perlombongan dan pembinaan yang beralamat di 158 Kallang Way #03-525 Singapore 349245.  (website: www.banama.com.sg). Adalah difahamkan Encik Ali bergiat dalam aktif didalam aktiviti-aktiviti keagamaan dan juga hal ehwal kebajikan terutama dikalangan masyarakat Arab di Singapura. Kita mendoakan semoga Encik Ali sentiasa berada didalam perlindungan Allah Subbahana Wataala, diberikan kesihatan dan rezeki yang berterusan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan