Diucapkan setinggi tahniah kepada Mohammad Zarifdana Haji Zinal Abadin cucunda kepada Sharifah Hajah Sino binti Sheikh Haji Umar Banamah kerana pertunangan dengan Dayang Allina Ali pada 1 Februari 2013. Majlis telah berlangsung di rumah keluarga perempuan di Tungku, Gadong.
Blog khusus mengenai keturunan Bana'mah. Sesiapa yang ingin membuat sumbangan artikel untok diterbitan didalam blog ini. Sila hantar ke anaslatif@yahoo.com
Jumaat, 1 Februari 2013
Ahad, 27 Januari 2013
Pertemuan Keturunan Banamah
Alhamdulillah semasa persinggahan di Singapura dalam perjalanan pulang dari Cambodia ke Brunei Darussalam, dengan izin Allah jua, Haji Mohammad Anas (Brunei) dan Khusaini (Singapura) telah berpeluang bersua kenal dengan Encik Ali bin Abdul Rahman Bana'ma, saudara seketurunan Banamah. Encik Ali berusia kira-kira 68 tahun tetapi nampak jauh lebih muda dari umur beliau. Beliau merupakan Direktor bagi syarikat Banama, sebuah syarikat komoditi, perlombongan dan pembinaan yang beralamat di 158 Kallang Way #03-525 Singapore 349245. (website: www.banama.com.sg). Adalah difahamkan Encik Ali bergiat dalam aktif didalam aktiviti-aktiviti keagamaan dan juga hal ehwal kebajikan terutama dikalangan masyarakat Arab di Singapura. Kita mendoakan semoga Encik Ali sentiasa berada didalam perlindungan Allah Subbahana Wataala, diberikan kesihatan dan rezeki yang berterusan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Tahniah Norasyikin Alias dan Ahmad Adani (Labuan)
Tahniah kepada pasangan Norasyikin Haji Alias (Cucu kepada Allahyarham Sharifah Hajah Gayah bin Sheikh Haji Umar bin Sheikh Haji Abdulah Banamah) dan suaminya Ahmad Adani Ball Dani atas kelahiran anak pertama Dhiya Alisha pada 20 Januari 2013 di Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan kira-kira jam 9 malam.
Jumaat, 18 Januari 2013
Tahniah Kepada Mohamad Hussin Kamarudin dan Zubaidah binti Hidop
Sukacita diucapkan setinngi tahniah kepada pasangan bahagia Mohamd Hussin Kamarudin dan Zubaidah binti Hidop atas kelahiran Mohamad Anas Nuruddin bin Mohamad Hussin pada 15 januari 2013 di Beaufort, Sabah pada jam 2.20petang dengan beratnya 3.5kg. Alhamdulillah,
Ahad, 6 Januari 2013
Pesta Buah di Bekenu
Alhamdulillah, semasa bercuti pada bulan Disember, keluarga Banamah telah berkesempatan membuat lawatan ke Mukah, Belingian dan Miri di Sarawak dari 16 hingga 19 Disember 2012. Pada 18 Disember, rombongan telah mengambil peluang untuk melawat Bekenu iaitu kira 40 kilometer dari Miri di Jalan Baru Miri-Bintulu. Semasa lawatan rombongan telah menjamu selera memakan buah-buahan termasuklah durian kuning, pulasan, rambutan, kembayau dan lain-lain lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)




