Selasa, 29 Jun 2010

Allahyarham Sharifah Hjh Edah binti Sheikh Haji Umar Abdullah

Terkedohong (Cakap Brunei bagi 'terlanjur') bercerita tentang cara merawat sakit dan kecederaan kecil di awal tahun 1960an, saya teringat dengan cara Maedah mengubati benjol dikepala ku. Yah, diakui dalam setahun sudah pasti tiga ke empat kali kepala saya terhentok kepada pintu, dinding dan tanah semasa bermain maklumlah masa itu masa kecil, kurus dan sangat aktif. Mula-mula Maedah akan menyapukan kapur (jenis yang dimakan dengan sirih dan pinang), kemudian beliau akan mengumpul bulat hujung rambut beliau sehingga sebesar bola golf. Beliau akan meniup bebola rambut tersebut sehingga panas sebelum menekankannya perlahan-lahan diatas benjol.





Entah, samada ahli perubatan mengakui proses ini mempunyai kesan. Tapi bagi saya, saat beliau menyapukan kapur dan menekankan benjol dengan rambut itu adalah menjadi kenangan bagaimana beliau mengambil berat dan memberikan kasih sayang kepada diri saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan