Ahad, 18 Julai 2010

Perayaan Hari Keputeraan Ke 64

Tarikh 15 Julai pada setiap tahun adalah salah satu yang selalu dinanti2kan di Negara Brunei Darussalam kerana ianya merupakan tarikh Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizadin Waddaulah. Pada tahun ini genaplah usia bagida ke 64 tahun. Upacara perayaan bermula dengan Perbarisan Di Raja di Padang Sultan Haji Omar Ali Saifuddien yang berdepenan dengan Masjid yang mempunyai nama yang sama. Setelah itu diuikiti dengan Majlis Penyampaian Bintang2 Kebesaran di Istana Nurul Iman. Pada malam hari akan diadakan Majlis Persantapan juga di Istana Nurul Iman yang mana selepas itu Pertunjukan Bunga Api diadakan.

Alhamdulillah selain dari acara2 diatas beberapa acara lain diadakan seperti Majlis Bersama Rakyat di keempat Daerah Brunei-Muara. Belait, Tutong dan Temburong. Ianya di meriakan lagi dengan Acara Persembahan Pentas. Di Daerah Brunei-Muara ianya diadakan di tempat letak kereta berhadapanan dengan Bangunan Alat-Alat kebesaran Di-Raja. Acara ini berlangsung dari malam 15 Julai hingga 31 Julai 2010. Bagi menghormati bulan Rejab dan Syaaban, persembahan pentas pada tahun ini hanyalahn yang berbentuk keagamaan sahaja. Namun begitu, suasana maseh berwarna-warni dengan pintu-pintu gerbang yang menarik di bina di serata tempat.

Bagi tahun ini, pada hari Sabtu 17 Julai 2010 antara ahli keluarga besar Al-Bana'mah yang ikut serta didalam acara persembahan pentah ialah Mohammad Azizan bin Haji Mohammad Anas yang mewakili Sekolah Agama Kampong Pelambayan. Mohammad Azizan turut serta dalam nyanyian nasyid bertajuk Al-Thaiyibbah dan juga modelling pakaian2 berciri Islam.

Mohammad Azizan semasa menyertai persembahan Nasyid

Mohammad Azizan menjadi model bagi pakaian muslim

Mohammad Azizan bersama rakan2 sekolah dan juga anak2 cikgu sekolah beliau semasa menanti giliran untuk melakukan 'catwalk'.


Siti Nur Syahirah adinda Mohammad Azizan nampak sangat gembira melihat suasana yang berwarna warni walaupun jam sudah lewat 10 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan