Ahad, 11 Julai 2010

RIWAYAT HIDUP TOK AMI SHEIKH HAJI ABU BAKAR BIN SHEIKH HAJI ABDULLAH AL-BANA'MAH (ADINDA KEPADA DATOK SHEIKH HAJI OMAR BIN SHEIKH HAJI ABDULLAH

(Sumbangan Haji Abdul Jalil Haji Abdul Latif)


Tok Ami Haji Abu Bakar tinggal di No. 8, Jalan Khamis, Singapura. Beliau mempunyai beberapa orang anak antaranya Dr Hj Mohammad(Ami mat),Ami Dol,Ami Nin dan yang perempuan adalah Makcik Zainah (bonda kepada Dayang), Achee (bonda kepada Awie) dan beberapa orang lagi.

Dahulu kami sekeluarga kerap kali berkunjung ke Singapura dengan menaiki kapal laut yang memakan masa 3 hari dan 3 malam.Kami menginap di rumah Tok Ami.Pernah sekali kami pergi pada bulan puasa.Saya juga turut berpuasa dengan Tok Ami.Beliau hanya memakan beberapa potong roti paun setiap hari puasa.Pada malamnya,beliau akan menaiki bas untuk sembahyang tarawih di Masjid Sultan. Yang saya kagumi,walaupun Tok Ami sudah mencecah umur 70 lebih tahun,kalau saya tidak silap,beliau berupaya turun naik bas dan ulang alik ke Masjid setiap malam. Beliau terpaksa berjalan keluar ke jalan besar untuk menaiki bas.

Beliau telah menunaikan Haji kali kedua dengan Ami Nin dan menghembuskan nafas yang terakhir di tanah suci. Mudah2an rohnya ditempatkan bersama dengan orang-orang berinan,Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan