Selasa, 27 Julai 2010

Majlis Menyambut Nisfu Syaaban






Alhamduiillah majlis sembahyang berjemaah dan seterusnya membaca surah yasin sempena malam Nisfu Syaaban telah diadakan pada malam tadi, 26 Julai 2010 bersamaan 15 Syaaban 1431 Hijriah. Hadir di majlis berkenaan adalah kaum keluarga dan sanak saudara yang berada di Negara Brunei Darussalam termasuklah Junidi Elih, suami kepada Hjh Norhayati yang sedang balik bercuti ke tanah air. Majlis juga diteruskan dengan membaca tahlil bagi sanak saudara yang telah pergi ke rahmatullah.

Sembahyang Berjemaah Maghrib dan Isya telah di imamkan oleh Yang Berhormat Dato Paduka Haji Yunos Mohd Noh dan doa Nisfu Syaaban dibacakan oleh Muhammad Harith bin Haji Zinal Abadin. Nisfu Syaaban bererti pertengahan bulam Syaaban yang mana pada malam dan siangnya dipenuhi dengan banyak keberkataan dan keistemewaan bagi mereka yang mengerjakan amal ibadat terutama sekali berpuasa pada siang harinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan