Jumaat, 30 Julai 2010

Kenali Keluarga Kita: Haji Abdullah Haji Tengah


Dalam Gambar: Haji Abdullah (lebih dikenali sebagai Dol) dan Salwa bersama anak-anak tersayang Hakeem (baju coklat no 31; Edah Fateem dan Afiq.

Haji Abdullah bin Haji Tengah adalah anak ke-empat Sharifah Hjh Edah binti Sheikh Hj Umar bin Sheikh Haji Abdullah Al-Bana'mah. Beliau semasa kecil telah diangkat oleh Sheikh Haji Umar kerana isteri beliau Siti Aishah Salim (Nenda Haji Abdullah) tidak mahu berpisah dengan cucunda beliau tersebut. Dengan itu, Haji Abdullah telah membesar dan bersekolah di Kuala Belait sehinggalah sekarang.

Haji Abdullah dengan isteri Dayang Salwa Haji Yahya dikurniakan tiga orang anak, Edah Fateem (sekarang menuntut di Glasgow dalam bidang kedoktoran); Hakeem (menuntut di University Brunei Darussaloam) dan Afiq (menuntut di salah sebuah Sekolah Menengah di Kuala Belait). Haji Abdullah dan keluarga tinggal di Kampong Pandan 7. Bagi Majlis Perjumpaan Keturunan Al-Bana'mah pada bulan Disember 2010 ini nanti, Haji Abdullah adalah bertanggungjawab selaku Fokal Point Daerah Belait dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Persembahan. Semasa muda, Haji Abdullah aktif dalam berkugiran dengan kumpulannya sendiri the Adilah 5. Semenjak itu beliau telah dikenali dengan nama Dol Jagger.

1 ulasan:

  1. eiseymen... Adilah 5? Dol Jagger atu tau ku tu.. and dont forget the Jagger hair!!!

    BalasPadam