Selasa, 11 Mei 2010

Sharifah Mariam binti Sh Abdullah Al-Bana'mah (Nenek Yam, Labuan)

Sharifah Mariam atau lebih saya kenali dengan Nek Yam adalah adik perempuan kepada Haji Umar dan Haji Abu Bakar bin Abdullah. Setahu saya beliau dilahirkan di Singapura dan ikut berpindah bersama kedua abangnya ke Labuan semasa Haji Abu Bakar (Tok Ami Bakar) bekerja di pulau berkenaan sebelum Perang Jepun (wallahu akhlam, itulah setahu saya). Sebut saja nama Nek Yam, pasti kita akan terbayang seorang wanita yang agak tinggi dengan ukuran badan yang sederhana. Nek Yam berkulit putih dan pandangan matanya sangat tajam ditambah dengan alis mata yang seolah-olah diberikan ‘make-up’ hitam.

Nek Yam sangat gemar memakai baju jenis kebaya dari jenis warna yang tidak begitu terang. Dari pemerhatian saya beliau gemar warna kebiru-biruan Yang menarik pula beliau selalu berbisikal ke tempat kerja beliau sehinggalah beliau mencecah umur tuanya. Kalau ada kesempatan ke Labuan, sudah pasti saya akan berziarah ke rumah beliau di Kampung Gerisik (beliau berpindah kemudiannya di rumah anak perempuannya Salmah di Island Garden. Mungkin tiada siapa yang boleh melawan aroma masakan sambal tumis ikan bilis Nek Yam dan juga nasi lemak masakan beliau. Walauun sudah berumur, Nik Yam begutu cergas bila dalam ‘mood’ memasak. Alhamdulillah, puas kita makan jika berkunjung ke rumahnya,

Di zaman usia beliau memasuki maghrib kehidupan, saya mendapati Nik Yam selalu sedih semasa saya dan emak saya (Hajah Sino) ingin pulang ke Brunei. Jelas titisan air mata nya ketika itu. Bagi menghilangkan kesedihan beliau, saya saling menyatakan bahawa beliau serupa benar dengan Laila Majnun atau Neng Yatimah, asik menangis saja. Nik Yam akan senyum kembali tetapi jelas masih terlalu sedih. Begitulah halnya semasa kali terakhir nya menetap wajah Nek Yam. Nek Yam kembali ke rahmatullah kira-kira tiga tahun yang lalu di hari-hari terakhir bulan Ramadan. Kalau tidak silap beliau meninggal tidak lama selepas waktu bersungkai (berbuka puasa). Sedih rasanya mendengar berita pemergian beliau dan bila terkenang tiada lagi Nenek Yam yang saya sangat gemar bergurau dengannya. Sembahyang Jenazah Nenek Yam di imamkan oleh cucu beliau sendiri Sharizal Saffian. Alhamdulillah, saya percaya Allahyarham pasti akan bahagia jika mengetahui perkara ini. Saya juga difahami bahawa semasa itu, Ami Mohamad ada turun ke Labuan melalui Brunei tetapi memandangkan keperluan masa Ami tidak sempat ikut rombongan menghantar jenazah Allahyarham ke Tanah Perkuburan di Kampong Gerisik, Nenek Yam disemadikan beberapa ela daripada pusara adik beliau Raidah (Nek Buang). Salah satu peristiwa yang menampilkan keperibadian beliau adalah setelah selesai pengkebumian beliau, para pembantu kubur yang telah mengali pusara Nenek Yam duceritakan tidak mahu menerima apa jua upah sambil menyatakan “Semasa kami kecil dulu, Nenek Yam lah yang selalu memberikan kami makanan semasa kami lapar”.

Nek Yam, kini saya lah yang sentiasa menangis bila terkenang kepada Nenek dan gurauan-guruan semasa Nenek masih hidup. Al-Faeha.. semoga Nenek Yam ditempatkan disisi orang-orang yang saleh dan dikalangan mereka yang ikhlas memberikan pertolongan dan bersedekah demi memperolehi keredaan Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan